Home / Latest Issue / Vol. 2, Issue (1) April 2026 / PJLHE-02-007
Home / Latest Issue / Vol. 2, Issue (1) April 2026 / PJLHE-02-007
Penerapan Nilai Patriotisme Menerusi Watak Dan Perwatakan dalam Novel Komsas Tingkatan Empat Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib
Muhammad Zafri Azmi, Marzni Mohamed Mokhtar, Muhammad Zarif Hassan @ Zulkifli, Engkizar, Noor Eriena Abd Malik, Myerra Azianna Ambikin, Raajiswari a/p Huthaman dan Azim Farhan Ngadimin
Pertanika Journal of Language and Humanities Education, Volume 2, Issue 1, April 2026
DOI: https://doi.org/10.47836/pjlhe.2.1.07
Keywords:Patriotisme, Watak Dan Perwatakan, Teori Pengkaedahan Melayu, Generasi Muda
Published on: 2026-05-06
Patriotisme merupakan elemen penting dalam proses mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara. Patriotisme merupakan nilai yang perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda. Misalnya, nilai patriotisme ini sering diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sastera bahasa menerusi hasil karya novel, puisi dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan nilai patriotisme menerusi watak dan perwatakan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Novel ini berperanan sebagai agen pembentukan semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) dengan memberikan perharian kepada pendekatan pengkaedahan Alamiah dan pengkaedahan Keagamaan. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kaedah analisis teks sepenuhnya. Data diperoleh melalui kajian kepustakaan terhadap teks novel bagi meneroka unsur-unsur patriotisme yang dizahirkan melalui tindakan, dialog, konflik dan perkembangan watak utama serta watak sampingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa novel ini mengandungi pelbagai unsur patriotisme seperti cinta akan negara, rela berkorban, berjuang menuntut kemerdekaan, warisan dan pendidikan. Watak Leftenan Adnan menjadi watak dominan yang menzahirkan nilai patriotisme dalam novel ini, manakala watak-watak lain berfungsi mengukuhkan citra perjuangan masyarakat. Kajian ini penting bagi memperkukuh peranan novel sebagai wahana pembinaan jati diri dan identiti nasional.