Home / Latest Issue / Vol. 2, Issue (1) April 2026 / PJLHE-02-010
Home / Latest Issue / Vol. 2, Issue (1) April 2026 / PJLHE-02-010
Interpretasi Guru Bahasa Melayu terhadap Ciri Linguistik Bacaan Mekanis Murid Sekolah Menengah di Sarawak
Abdul Aziz Busri, Halimah Jamil dan Rozita@Radhiah Said
Pertanika Journal of Language and Humanities Education, Volume 2, Issue 1, April 2026
DOI: https://doi.org/10.47836/pjlhe.2.1.10
Keywords: Bacaan Mekanis, Kelancaran Bacaan, Prosodi, Interpretasi Guru, Kesedaran Linguistik Guru
Published on: 2026-05-06
Kajian ini bertujuan menganalisis interpretasi guru Bahasa Melayu terhadap ciri linguistik bacaan mekanis murid sekolah menengah. Walaupun kelancaran bacaan lazimnya dinilai melalui skor ketepatan dan kadar bacaan, amalan pentaksiran di bilik darjah sering bergantung pada pertimbangan subjektif tanpa panduan linguistik yang jelas, sekali gus menimbulkan isu ketekalan dan kesahan penilaian; namun proses interpretasi linguistik guru masih kurang diterokai secara empirikal, khususnya dalam konteks bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan dalam konteks sekolah menengah di Sarawak bagi memahami interpretasi guru dalam persekitaran pendidikan yang bersifat multilingual. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berbentuk kajian interpretatif linguistik dengan melibatkan enam orang guru Bahasa Melayu yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik refleksif. Dapatan kajian mengenal pasti lima tema utama dalam interpretasi guru, iaitu kejelasan bacaan lantang, ketepatan sebutan fonologi, kestabilan kadar bacaan, penggunaan prosodi sebagai petunjuk struktur bahasa, dan pertimbangan faktor emosi murid. Prosodi didapati merupakan indikator paling dominan dalam penilaian bacaan mekanis kerana guru menggunakan intonasi, tekanan dan jeda untuk mentafsir kefahaman struktur ayat. Kajian ini menunjukkan bahawa guru menilai bacaan mekanis secara holistik berdasarkan pertimbangan linguistik yang kompleks, selaras dengan Teori Kelancaran Bacaan dan kerangka Teacher Language Awareness. Dari sudut teori, kajian ini memperluas aplikasi konstruk accuracy, rate dan prosody dalam konteks bahasa Melayu. Dari sudut praktikal, dapatan kajian menegaskan keperluan memperkukuh kesedaran linguistik guru serta menyediakan garis panduan pentaksiran bacaan yang lebih berasaskan teori bagi meningkatkan ketekalan dan kualiti penilaian bacaan mekanis di sekolah menengah.